Reaksi Anwar Ibrahim sebaik keluar dari Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 16 MEI 2018.

KUALA LUMPUR – Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau tidak pernah memohon pengampunan diraja adalah tidak benar.

Ini kerana keluarga Anwar pernah memfailkan permohonan pengampunan baginya.

Malah, Anwar tak pernah bantah pun permohonan tersebut, dakwa pentadbir akaun Facebook Najib Razak.

Dalam hantaran itu, katanya, pengampunan Anwar masih dicabar dalam mahkamah sebab sebarang permohonan dan kelulusan pengampunan perlu melibatkan Peguam Negara serta Menteri Wilayah Persekutuan.

Sedangkan semasa Anwar diampun dan dibebaskan sejurus selepas PRU14 pada bulan Mei 2018, tiada Peguam Negara sedang menjawat jawatan itu selepas Tan Sri Mohamed Apandi Ali disuruh bercuti dan dipecat oleh kerajaan PH.

Artikel berkaitan:

Manakala Khalid Samad hanya angkat sumpah untuk menjadi Menteri Wilayah Persekutuan pada 2 Julai 2018.

Anwar sebelum ini mendakwa beliau tidak pernah memohon pengampunan itu.

“Saya bukan Najib,” kata Presiden PKR itu yang merujuk kepada petisyen yang didakwa dilakukan oleh bekas Perdana Menteri untuk mendapatkan pengampunan diraja.

Impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri dipertikaikan kerana beliau pernah menerima pengampunan diraja. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast