Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Kedudukan UMNO yang semakin kukuh menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyebabkan Tun Dr Mahathir semakin tidak keruan sehingga tidak malu untuk bekerjasama semula dengan musuh politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penganalisis politik, Dr Azmi Hassan berkata, bagaimanapun cadangan Mahathir untuk bekerjasama dengan Anwar itu tidak semudah disangka seperti yang pernah berlaku pada PRU sebelum ini.

Ia kerana, pada PRU14, kerjasama itu dari Mahathir yang mewakiliki dirinya secara tunggal.

Tetapi kali ini kerjasama itu sama ada Mahathir sahaja atau bersama Gerakan Tanah Air (GTA).

Jelas beliau, jika kerjasama ini melibatkan GTA, implikasinya berangkai.

Dr. Azmi Hassan

“Jika kerjasama berlaku bermakna Pakatan Harapan (PH) juga perlu menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang kemungkinan bekerjasama dengan GTA.

“Saya lihat ini sesuatu yang sukar kerana PH terutama DAP ada sejarah hitam dengan pemimpin-pemimpun Bersatu disebabkan Langkah Sheraton. DAP tidak mudah melupakan peristiwa itu.

“Kita jangan lupa di dalam PN ada Pas, mampukan Parti Amanah Negara (Amanah) menerima Pas begitu juga dengan Pas.

“Kalau berlaku (kerjasama), apakah akan terjadi pada Pas?

“Oleh itu, kerjasama yang dinyatakan oleh Mahathir ini bergantung pada siapa kerjasama dibuat – adakah Mahathir-Anwar sahaja atau melibatkan gabungan parti masing-masing,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Namun, pada Azmi jika kerjasama ini melibatkan gabungan parti masing-masing, jawapannya bukan mudah.

Azmi yang mengulas senario politik Mahathir ketika ini berkata, situasi yang berlaku sekarang kerana bekas Perdana Menteri itu yakin BN kini dalam keadaan baik untuk menubuhkan kerajaan selepas PRU15.

Jelas beliau, Mahathir tahu walaupun sudah menubuhkan GTA tapi gerakan itu tidak mempunyai pengaruh kuat dan tidak boleh menawarkan nilai tambah kepada pengundi-pengundi pada PRU15.

Sebaliknya, Azmi berkata, dengan cadangan terbaharu Mahathir ini jelas menunjukkan parti-parti pembangkang dalam keadaan pecah-belah sehingga terpaksa bergabung untuk menjatuhkan BN.

Cadangan gabungan ini terpaksa dibentuk selepas melihat isu-isu untuk menimbulkan persepsi buruk terhadap BN setakat ini tidak berjaya.

Katanya, 1MDB bukan lagi isu besar untuk menjatuhkan BN.

“Manakala isu projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) sudah tenggelam,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Mahathir gelabah sebab Muhyidin dah tentu tunggang PAS…Anwar tunggang DAP ..Pejuang nak tunggang sape? Nak harapkan Ibrahim Ali? Hadooiii dia sendiri tak de kerusi parlimen …jd mau tak mau buat muka tebal laaa merayu kpd Nuar dan DAP

Comments are closed.