Adar Poonawalla

NEW DELHI – Pembuat vaksin India, Serum Institute of India (SII) terpaksa membuang 100 juta dos vaksin Covid-19 kerana sudah tamat tempoh.

Firma itu berhenti mengeluarkan Covishield pada Disember tahun lepas kerana permintaan yang rendah, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Adar Poonawalla .

SII, pembuat vaksin terbesar di dunia, telah membuat vaksin AstraZeneca versi tempatan – Vaxzevria.

Covishield menyumbang lebih daripada 90% daripada dos yang diberikan di India.

India telah telah menyuntik lebih dua bilion dos vaksin Covid-19.

Lebih daripada 70% penduduk India telah mengambil sekurang-kurangnya dua dos, menurut Kementerian Kesihatan Persekutuan.

Menurut Poonawala, SII mempunyai kira-kira 100 juta dos Covishield dalam stok.

Katanya, vaksin itu mempunyai jangka hayat selama sembilan bulan – tamat tarikh luput pada September tahun ini.

Sementara itu, Poonawala berkata, SII telah menyelesaikan ujian untuk vaksin Covid Covovax sebagai dos penggalak.

Syarikat itu menjangkakan vaksin itu akan mendapat kelulusan dalam tempoh dua minggu akan datang. – Agensi