Azmin Ali menyantuni masyarakat India Gombak sempena sambutan Deepavali baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) sentiasa komited terhadap kebajikan masyarakat India bagi memastikan mereka membangun bersama dasar kemakmuran bersama.

Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut berikrar tidak akan sesekali meminggirkan mereka dalam pada apa jua situasi sekalipun.

”Sempena Deepavali, saya ingin melahirkan rasa hati dan penghargaan masyarkat India yang banyak berjasa dalam arus pembangunan negara.

“Masyarakat India di negara ini telah sekian lama berjuang, mereka berjuang untuk mendapat cahaya daripada kegelapan  ‘Light over darkness’ yang juga mempunyai maksud sama dengan sambutan Deepavali. Hakikatnya, kita tidak mahu sesiapa sekalipun hidup dalam kegelapan,” katanya sempana sambutan Deepavali.

Azmin yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) telah menyantuni golongan B40 sempena Deepavali serta kuil di sekitar Gombak bagi menyampaikan pelbagai sumbangan dari bentuk kewangan, barangan dan lain-lain.

”Dengan sumbangan ini kita harap dapat memberikan sedikit sinar harapan dan meringankan beban dan menyambut Deepavali bersama keluarga dan sahabat handai dengan lebih meriah,” ujarnya.

Tambah beliau, hampir RM1 juta telah diperuntukan tahun ini bagi kebajikan masyarakat India di Parlimen itu.

Antara sumbangan itu termasuklah meliputi perubatan, bantuan bencana, sara hidup, pendidikan, bantuan perniagaan, rumah beribadah, khairat kematian serta menyantuni rumah-rumah anak yatim. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast