KLANG – Seramai enam juta rakyat Selangor layak mendapat perlindungan insurans Am, yang dikenali sebagai INSAN.
INSAN dilancarkan oleh Menteri Besar , Datuk Seri Amirudin Shari pada hari ini pada Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Sultan Suleiman hari ini.
Beliau menjangkakan pendaftaran INSAN akan mencecah 1 juta menjelang akhir tahun ini.
“Sehingga kini kita menerima lebih 40,000 pendaftaran.
“Program ini kita akan teruskan dan akan disambung dari semasa ke semasa untuk penambah baikan demi kesejahteraan rakyat secara keseluruhan,” katanya dalam sidang media di sini.
Perlindungan insurans am berkumpulan ini terbuka kepada bayi berumur sebulan sehingga warga emas berumur 80 tahun.
lanya menawarkan perlindungan sehingga RM10,000 secara percuma meliputi kecederaan dan kehilangan upaya atau kematian disebabkan kemalangan dengan perbelanjaan pengebumian berjumlah RM1,000.
Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor diberi mandat sebagai agensi pelaksana skim tersebut.
Menurut Amirudin, permohonan INSAN boleh dibuat menerusi aplikasi mobil e-Wallet Wavpay bermula 1 Oktober sehingga 30 September 2023.
“Sekiranya cukup kelayakan dan maklumat yang diisi tidak akan lebih lama daripada 48 jam permohonan diluluskan mendapatkan skim perlindungan INSAN,” ujarnya. -MalaysiaGazette