Sebuah kapal menyelamatkan mangsa yang terjun ke laut selepas kapal yang dinaiki terbakar. foto RR.com

JAKARTA – Sebuah bot yang membawa 240 orang penumpang termasuk 10 anak kapal terbakar menyebabkan 14 orang terbunuh.

Kejadian berlaku pada jam 1.40 petang semasa semasa bot KM Express Cantika 77 dalam perjalanan ke Kalabahi dari Kupang di wilayah Nusa Tenggara Timur. Indonesia.

Para penumpang yang panik telah bertindak terjun ke laut.

Ketika kejadian, kapal berkenaan berada hampir dengan pantai di Pulau Timor dan Pulau Kera.

Punca kebakaran sedang disiasat.

Pasukan penyelamat dari Agensi Mencari dan Menyelamat Kupang berkata, seramai 226 mangsa yang dibantu oleh kapal-kapal lain berjaya diselamatkan. – Agensi