Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara Malaysia menegaskan tiada apa-apa rakaman video yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak yang dibuat oleh mana-mana media di dalam premis penjara.

Jelasnya, rakaman video yang disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia adalah rakaman lebih awal sempena Kembara Keluarga Malaysia sebelum Najib dipenjarakan.

“Video yang ditayangkan di TV1 pada 24 Oktober 2022 menceritakan tentang sejarah dan latar belakang Pekan, Pahang dan tidak berkaitan dengan politik,” katanya dalam kenyataan di sini.

Rakaman Najib ini dibuat oleg RTM sempena Kembara Keluarga Malaysia sebelum Najib Razak dipenjarakan.

Kenyataan itu dibuat selepas parti pembangkang mempersoalkan siaran rakaman temubual bersama bekas Perdana Menteri itu semalam.

Oleh itu, Jabatan Penjara Malaysia meminta orang ramai tidak menyebarkan maklumat tanpa semakan lanjut.

Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas individu yang tidak bertanggungjawab. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. KP Penjara masih tak jawab soalan rakyat? Kenapa Anwar Ibrahim boleh berkempen piihanraya dari penjara tp Najib tak boleh? Jawab laaa…rakyat nak tahu!

Comments are closed.