Ketua Penerangan Parti IKATAN Bangsa Malaysia Pusat, Nik Marhalim Mohd Bakri

KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) hari ini membuat ketetapan menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangannya, Nik Marhalim Mohd Bakri berkata, langkah itu diambil berdasarkan semangat penyatuan ummah.

Bagi tujuan itu katanya, seluruh keahlian dan jentera Ikatan di seluruh negara, termasuk di Sabah akan digerakkan bagi membantu calon-calon UMNO dan BN agar mencapai kemenangan besar pada pilihan raya itu.

“Pada PRU-14, Gagasan Sejahtera ditubuhkan merangkumi Pas, Ikatan dan Parti Berjasa, namun, PRU-15 kali ini, Pas telah memilih untuk bersama-sama Perikatan Nasional (PN) dan Berjasa memlilih untuk bersama Gerakan Tanah Air (GTA).

“Gagasan Sejahtera kini ibarat kubur tanpa batu nisan. Keadaan sama turut berlaku kepada Muafakat Nasional yang mana Pas mewakili Gagasan Sejahtera dan UMNO mewakili Barisan Nasional penubuhan Muafakat Nasional untuk menyatukan ummah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Nik Marhalim lagi, Ikatan harus kekal pada tujuan penubuhannya yang asal iaitu sebuah parti berbilang kaum tetapi, tetap meneruskan perjuangan UMNO dan BN yang asal.

Ujarnya, perjuangan Ikatan adalah untuk membangunkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, adil, saksama dan bahagia. – MalaysiaGaazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast