Penyandang kerusi Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dinamakan sebagai calon mewakili DAP bagi kerusi Parlimen Lipis sempena Pilihan Raya Umum ke-15 ketika sidang media di Ibu Pejabat DAP, Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 26 OKTOBER 2022.

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji menafikan dakwaan beliau bersikap biadap terhadap Istana Pahang ketika menyampaikan ceramah politikĀ  baru-baru ini.

Malah beliau mendakwa ucapannya telah diputar belit oleh pihak-pihak tertentu untuk dijaduikan modal menyerangnya memandangkan ketika ini musim pilihan raya.

“Saya tahu yang buat aduan polis itu Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Raub…mungkin juga dia nak bertanding di Raub dan disebabkan itu dia cuba nak mainkan isu.

“Saya tak ada cakap pasal istana ke apa ke…saya cuma sebut Orang Besar Berempat. Orang Besar Berempat ini kalau di Pahang dia ada sultan, orang besar kedua, orang besar berempat orang besar delapan.

“Apa yang saya cakap tu pun nak beritahu bahawa kalau dalam institusi tersebut ada orang besar yang buat salah contoh, maklumlah saya pun orang Pahang. Saya rasa saya tak beri salah apa pun,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau ditanya wartawan mengenai laporan polis yang dibuat oleh Datuk Setia Penggawa Tengku Datuk Abdul Manan Tengku Temenggong Aziz terhadap beliau semalam.

Semalam, Badan Kebajikan Kerabat-Kerabat Negeri Pahang, membuat laporan polis terhadap Tengku Zulpuri kerana menyifatkan beliau telah bertindak biadap menghina institusi diraja Pahang ketika berceramah politik di Mentakab baru-baru ini.

Perbuatan Tengku Zulpuri itu dianggap sangat melampaui batas apabila mengaitkan Istana Pahang dalam kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kerabat Raja Pahang buat laporan polis, kecam kenyataan Zulpuri