Barisan petugas Pejabat Pusat Khidmat Indera Mahkota bersama Datuk Seri Saifuddin Abdullah

KUANTAN – Perikatan Nasional (PN) Pahang akan bertanding di semua 14 kerusi Parlimen dan 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, ramai muka baharu akan diketengahkan PN pada pilihan raya kali ini.

“Pengagihan kerusi di Pahang sudah selesai di peringkat PN Pahang dan rundingan berjalan dengan mesra,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Sementara itu, Saifuddin berkata, stkata ini tiada keputusan sama ada beliau akan mempertahankan kerusi parlimen Indera Mahkota.

Pada PRU14, Saifuddin bertanding atas tiket Pakatan Harapan memenangi kerusi Indera Mahkota dengan majoriti 10,950 undi bagi menewaskan calon Barisan Nasional, Dr Johan Mat Sah dan calon Pas, Nasrudin Hassan Tantawi.

Bagaimanapun, pada Februari 2020 Saifuddin keluar PKR bersama lapan Ahli Parlimen lain termasuk Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Zuraida Kamaruddin untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast