Adham Baba

KOTA TINGGI – Kesemua senarai mutlak 26 calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 hanya akan diumumkan pada malam Khamis minggu hadapan.

Menurut Ketua Penerangan UMNO Johor, pengumuman itu akan dibuat di Pejabat Perhubungan UMNO Johor.

Sehubungan itu, , Datuk Seri Dr Adham Baba meminta semua pihak tidak membuat spekulasi yang boleh mengelirukan sesetengah pihak.

“Kita maklum Johor akan mengumumkan  calon pada 3 November malam di Pejabat Perhubungan UMNO Johor jadi kita semua yang pasti memang telah bersiap sedia kepada sesiapa sahaja senarai calon yang  dikemukakanlah,” katanya penyandang Parlimen Tenggara itu.

Beliau mengulas mengenai senarai calon-calon Barisan Nasional (BN) Negeri Johor Pilihan Raya Umum (PRU-15) nanti.

Serentak itu, beliau meminta semua pihak bersabar sehinggalah keputusan muktamad dimaklumkan.

Meskipun enggan mengulas lanjut, Adham berkata, sudah menjadi amalan UMNO dan BN untuk mengetengahkan calon yang boleh menang.

Terdahulu beliau melawat keluarga allahyarham Nurul Nazihah Kamalul Arifin, yang maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara-Selatan, Arah Selatan berhampiran Sedenak, 15 Oktober lalu.

Dalam lawatan itu, Adham yang juga Menteri Sains Teknologi dan Inovasi menyampaikan pencen faedah penakat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada suami Allahyarhamah.

Hadir sama Pengarah PERKESO Johor Tong Sing Chuang. – MalaysiaGazette