Ketua Pemuda Amanah Perak, Khairol Najib Hashim

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) memberikan lapan kerusi kepada sayap pemuda parti itu untuk dipertaruhkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kesemua calon-calon itu adalah 40 peratus mewakili Pakatan Harapan (PH) yang mana Amanah merupakan salah satu parti dalam gabungan itu, kata Ketua Pemuda Amanah Perak, Khairol Najib Hashim.

“Dengan pencalonan ini, Pemuda Amanah Perak yakin lonjakan sokongan dari kalangan pengundi kepada PH akan diberikan selari dengan aspirasi mereka yang mahukan muka baru dari kalangan anak muda,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Calon Pemuda bagi DUN Perak daripada parti Amanah yang mewakili PH adalah Mohd Sabri Abdul Manaf (Kota Tampan); Muhammad Nakhaie Wahab (Titi Serong); Sheikh Khuzaifah Sheikh Abu Bakar (Gunung Semanggol); Ahmad Saqif Ansarallah Jihbaz Mokhlis (Selinsing); Mohd Ikhmal Mohd Iskandar (Belanja); Mohd Syamsul Alauddin (Kampong Gajah); Ahmad Munzirie Ahmad Kabir (Rungkup) dan Khairol Najib Hashim (Behrang).

Menurut Khairol Najib, bagi kerusi Parlimen, satu daripadanya telah diberikan kepada Wanita Muda Amanah iaitu Nurthaqaffah Nordin yang akan bertanding di Parit. – MalaysiaGazette