Gambar hiasan

QUITO – Seramai 12 orang maut akibat keracunan selepas mengambil minuman keras di dua wilayah Ecuador, dengan 52 orang lagi dilaporkan mabuk.

Kementerian Kesihatan sedang memantau dan menyiasat kes itu secara besar-besaran.

Di Santo Domingo de los Tsachilas, tujuh orang berusia antara 25-56 meninggal dunia, termasuk seorang wanita.

Manakala di Esmeraldas, lima lelaki dalam lingkungan umur 42 hingga 65 tahun juga maut.

Kementerian itu telah memberi amaran kepada orang ramai supaya mengelak daripada mengambil alkohol yang diragui pembuatannya. – Xinhua