Hossein Salami,. foto agensi Tasnim

TEHRAN – Ketua Pengawal Revolusi Iran memberi amaran kepada penunjuk perasaan bahawa hari Sabtu akan menjadi hari terakhir mereka berada ke jalan raya.

Amaran itu secara tidak langsung memberitahu pasukan keselamatan boleh meningkatkan tindakan keras terhadap mereka yang melakukan pergolakan dalam negara.

Iran telah dicengkam dengan protes besar-besaran sejak kematian Mahsa Amini, seorang remaja perempuan yang berusia 22 tahun semasa dalam tahanan polis bulan lalu.

Dia ditahan kerana tidak memakai tudung kepala dengan sempurna.

Protes besar-besaran di seluruh Iran merupakan satu cabaran paling berani kepada kepimpinan negara ini sejak revolusi 1979.

“Jangan datang ke jalan raya. Hari ini adalah hari terakhir rusuhan,” kata komander, Hossein Salami, dalam beberapa bahasa paling keras yang digunakan kepada para penunjuk perasaan.

Salami mendakwa kekacauan yang berlaku di Iran adalah rancangan jahat oleh Amerika Syarikat dan Israel.

Pergolakan ini turut didakwa didalangi oleh United Kingdom dan Arab Saudi untuk menggugat kestabilan negara ini.

Ketua Pengawal Revolusi yang melaporkan terus kepada pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, belum pernah dikerahkan untuk berbuat demikian sejak demonstrasi bermula pada 16 September.

Kumpulan hak asasi manusia telah berkata sekurang-kurangnya 250 orang telah terbunuh dan beribu-ribu ditangkap di seluruh Iran kerana menyertai protes, yang telah bertukar menjadi pemberontakan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast