Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut selepas dilaporkan pengsan ketika mendaki secara berkumpulan di Gunung Pulai, Kulai, pagi ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kulai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Khairil Buang berkata, tujuh anggota bersama jentera dan ambulans digegaskan ke lokasi selepas Pusat Gerakan Operasi negeri menerima panggilan kecemasan pada 9.49 pagi.

Beliau berkata mangsa, Tee Kok Soon, 55, dilaporkan pengsan kira-kira 300 meter selepas memulakan pendakian.

“Pasukan Keluaran Operasi bertindak menuju ke lokasi Tee pengsan dengan menaiki kenderaan orang awam dan seterusnya membawanya ke kaki gunung.

“Pihak Kementerian Kesihatan kemudian membuat pemeriksaan lanjut sebelum mengesahkan Tee meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Khairil berkata mayat Tee diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi berkenaan tamat kira-kira 12.15 tengah hari.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast