Home Politik Pencalonan saya di Tanjong tidak timbul masalah – Hui Ying

Pencalonan saya di Tanjong tidak timbul masalah – Hui Ying

GEORGE TOWN – Ahli Dewan Negara, Senator Lim Hui Ying menyifatkan pencalonan beliau bagi Parlimen Tanjong pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak menimbulkan masalah kepada pemimpin serta ahli DAP.

Sebaliknya, Setiausaha DAP negeri itu meluahkan rasa berbesar hati untuk mempertahankan kerusi yang disandang Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow itu.

“Selama ini memang ada banyak Lim dalam DAP dan selagi pemimpin dengan ahli-ahli DAP tidak menyatakan ini bukan satu masalah (pencalonan keluarga) saya sendiri tak nampak ini sebagai satu masalah.

“Kita lebih kepada mahu berikan perkhidmatan terbaik buat rakyat dalam memastikan negara ini maju ke arah lebih baik.

“Selain itu, Parlimen Tanjung mempunyai nilai sentimental memandangkan ia merupakan kubu DAP yang mana kerusi tersebut dipertahankan 1986 hingga kini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvoi Harapan PRU15 di Persiaran Karpal Singh di sini, hari ini.

Ketika diminta mengulas mengenai Guan Eng akan membayangi perjalanan politiknya, Hui Ying berkata, beliau memandang Guan Eng sebagai seorang pemimpin.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan dua calon wanita yang akan bertanding di dua Parlimen negeri ini pasa PRU15.

Beliau menamakan Hui Ying bagi Parlimen Tanjong manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima Syerleena Abdul Rashid pula bagi kerusi Bukit Bendera.

Selain itu, Anthony Loke juga mengumumkan Hui Ying akan melepaskan jawatan senator dalam masa terdekat untuk menumpukan perhatian di Parlimen Tanjong dan jawatan itu akan diisi pemimpin daripada kaum India secepat mungkin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. PKR sudah jadi parti Anwar, DAP pun sudah jadi parti LIM, tunggu AMANAH pula hendak jadi parti apa ? ini semua amalan kronisme, dulu adalah juga kawan-kawan sekarang semua anak beranak.

Comments are closed.