perkhemahan
Takiyuddin Hassan

KOTA BHARU – Pas akan mengekalkan sekurang-kurangnya 10 penyandang kerusi Parlimen termasuk Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci nama penyandang terbabit.

“Pada PRU14, PAS memiliki 18 kerusi Parlimen, jadi untuk pilihan raya kali ini kita akan kekalkan lebih 10 penyandang untuk sekali lagi bertanding kerana kita percaya mereka boleh menang di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi Majlis Ramah Mesra bersama Kelab Media Kelantan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata Perikatan Nasional optimis untuk memenangi kesemua kerusi Parlimen di Kelantan berdasarkan rekod pencapaian yang baik di negeri itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 November, penamaan calon pada 5 November dan pengundian awal pada 15 November. – Bernama