Teh Yee Chew.

GEORGE TOWN – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Chew antara empat calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang akan berentap di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Yee Chew diumumkan bertanding kerusi Parlimen Bukit Bendera.

Manakala empat lain ialah Ravinder Singh (Parlimen Bayan Baru); Lee Ah Leong (Batu Kawan) dan Koh Swe Yong (Jelutong).

Setiausaha Agungnya, Swee Yong berkata, secara keseluruhannya PRM akan meletakkan 25 calon pada PRU15 ini.

PRM mengumumkan calon bagi negeri Pulau Pinang dan Kedah.

“Hari ini kita umumkan empat calon di Pulau Pinang serta satu calon tunggal, Tan Chow Kang yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen Kedah.

“25 calon secara keseluruhan itu pula termasuk 14 kerusi Parlimen di Kelantan dan empat di Selangor.

“Selain itu, kita juga sedang meneliti menempatkan calon di Pahang juga,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Tambah Swee Yong,  PRM akan meneruskan agenda membela nasib rakyat meskipun jumlah pemimpinnya tidak ramai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast