KUALA LUMPUR – Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menggesa diskaun 50 peratu tiket kapal terbang diberikan kepada mahasiswa atau para pengundi muda Sabah dan Sarawak yang berusia di bawah 30 tahun bagi membolehkan mereka balik mengundi.
Ataupun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menimbangkan cadangan undi pos bagi kemudahan mahasiswa.
Timbalan Presiden PKPIM, Muhamad Nazmi Ab Rahim berkata, harga tiket kapal terbang masih lagi mahal dan tidak munasabah antara perjalanan Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak.
Justeru, katanya, langkah proaktif perlu digerakkan termasuklah sumbangan dari sektor gergasi koporat supaya dapat membantu meringankan anak muda mengundi.
Untuk rekod, di Sarawak, seramai 129, 034 pengundi (18-20 tahun) dan 416, 645 pengundi (21-19 tahun).
Manakala di Sabah mempunyai seramai 127, 582 (18-20 tahun) dan 405, 760 (21-29 tahun) telah berdaftar mengundi.
SPR sudah menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Ke-15 pada 19 November ini. – MalaysiaGazette