Mohd Khairuddin Aman Razali masjid terengganu kematian jamaah Islam Khairuddin Aman Razali MN Nurul Izzah adu domba penasihat kerajaan
Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang dididik dengan agama, kesopanan dan kesusilaan tidak boleh menerima sebarang provokasi terhadap pegangan agama individu lain.

Penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, budaya saling menghormati antara satu sama lain perlu disuburkan sentiasa.

“Meskipun berbeza tetap bersaudara sama ada persaudaraan darah dan keluarga atau persaudaraan kemanusiaan daripada bapa yang satu iaitu Adam atau persaudaraan kerana agama,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Beliau mengulas tentang rakaman video tular sejak kelmarin yang memaparkan seorang lelaki merosakkan hiasan lantai Deepavali atau kholam di ruang legar bangunan sebuah hospital swasta di Klang.

Polis telah menahan dua kakitangan hospital swasta terbabit dan mereka direman selama tiga hari sehingga Rabu ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan lanjut polis dalam kes terbabit. – MalaysiaGazette