Lapan lelaki warga Myanmar cuba menyeludup masuk negara diberkas di kebuh getah di Bukit Kayu Hitam, Kedah semalam.

BUKIT KAYU HITAM – Seramai lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang cuba masuk ke negara menggunakan laluan tidak sah diberkas dalam serbuan di sempadan Malaysia-Thailand di sini, semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, kesemua PATI itu diberkas menerusi Sektor Op Benteng Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam di Bukit Tangga di sini.

“Pasukan peronda mengesan pergerakan sekumpulan individu dalam keadaan mencurigakan selain cuba bersembunyi di kawasan belukar kebun getah pada jam 11.30 pagi.

“Susulan itu, anggota bertugas berjaya  menjejaki kesemua lapan individu warga Myanmar.

Kesemua mereka didapati memasuki negara secara haram.

“Kesemua lelaki yang ditahan itu berusia lingkungan 25 hingga 45 tahun,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut kenyataan itu, pemeriksaan lanjut juga mendapati kesemua PATI itu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah selain memasuki negara melalui laluan haram.

“Secara keseluruhan nilai rampasan serbuan itu berjumlah RM2,503.70 dan rampasan membabitkan empat buah telefon bimbit serta wang tunai dalam matawang tempatan, Myanmar dan Thailand.

“Kesemua lapan PATI yang ditahan itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambah kenyataan itu, pasukan beroperasi akan terus mempertingkatkan kawalan di sempadan negara bagi mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan khusunya kemasukan Pati. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast