Annuar Muda dan Shahidan Kassim.

KUALA LUMPUR – Nasib tiga penyandang kerusi Parlimen dari UMNO belum dapat dipastikan sama ada akan disenaraikan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) atau tidak.

Persoalan itu ditimbulkan Setiausaha Akhbar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Akmar Hisham Mokhles yang bertanya sama ada penyandang kerusi Parlimen Arau (Datuk Seri Shahidan Kassim, Parlimen Ketereh (Tan Sri Annuar Musa) dan Parlimen Padang Besar (Datuk Zahidi Zainul Abidin) dikekalkan untuk mempertahankan kerusi masing-masing.

Zahidi

“Annuar (Tan Sri Annuar Musa), Shahidan (Datuk Seri Shahidan Kassim), Zahidi (Datuk Zahidi Zainul Abidin) OUT?” katanya di Facebook beliau.

Kenyataan itu dibuat tatkala Barisan Nasional (BN) masih belum membuat sebarang pengumuman mengenai calon bagi 222 kerusi Parlimen yang akan ditandingi parti itu.

Malah parti pembangkang seperti PKR, DAP dan Amanah telah menyenaraikan calon masing-masing bagi pihak Pakatan Harapan (PH).

Perikatan Nasional (PN) juga dijadualkan akan mengumumkan calon-calonnya, esok.

Teka teki mengenai calon BN hanya akan diketahui pada Rabu depan apabila parti itu dijadualkan akan mengumumkan senarai calonnya oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Untuk rekod, Annuar Musa merupakan Ahli Parlimen ketereh sejak 1995 manakala Shahidan Kassim merupakan Ahli Parlimen Arau sejak 1986.

Zahidi pula merupakan Ahli Parlimen Padang Besar sejak 2013. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast