KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyambut baik pengumuman dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi memberikan pelepasan kepada pelajar untuk pulang mengundi sempena Pilihanraya Umum ke-15 pada 19 November ini.
KPT dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 21 Oktober lalu menjelaskan pelajar diberikan pelepasan dari 17 hingga 21 November 2022 bagi memberikan tempoh yang cukup untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke/dari lokasi mengundi.
Sehubungan itu, UMS turut bersetuju membenarkan pelajar melakukan perjalanan dari 17 hingga 21 November bagi menunaikan tanggungjawab mereka kepada negara.
Semua kuliah dan tutorial akan ditangguhkan ke tarikh lain, menurut Prof Dr Rasid Mail,
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
Sementara itu, pensyarah dan pelajar perlu membuat perbincangan dan penyelarasan semula bagi menggantikan kuliah, tutorial atau aktiviti PdP berkaitan yang ditangguhkan dalam tempoh tersebut.
Semua aktiviti pengajian akademik sama ada bersemuka atau dalam talian akan bermula semula seperti biasa pada 22 November 2022.- MalaysiaGazette