Pasukan penyelamat mencari mangsa yang terhumban di dalam sungai selepas jambatan era kolonial abad ke-19 di Gujarat runtuh. Foto Hindustan Times

GUJARAT – Polis menahan sembilan orang berhubung keruntuhan jambatan pejalan kaki yang mengorbankan sekurang-kurangnya 141 orang.

Empat daripada mereka yang ditahan adalah pekerja sebuah firma yang dilantik untuk menyelenggara jambatan di bandar Morbi ini.

Tragedi itu berlaku ketika beratus-ratus orang berada di atas jambatan itu sebelum terhumban ke dalam sungai dalam keadaan gelap.

Meskipun operai menyelamat sedang dilakukan namun harapan menemui mangsa hidup semakin tipis.

Dikatakan kebanyakan mangsa terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan warga emas.

Jambatan gantung berusia 140 tahun yang menjadi tarikan utama pelancong tempatan dibuka semula minggu lalu selepas selesai diselenggara.

Polis yang menyiasat bencana petang Ahad berkata, sembilan orang yang ditahan semuanya dikaitkan dengan firma Oreva yang terlibat menyelenggara dan mengendalikan jambatan itu.

Mereka yang sedang disiasat atas dakwaan kesalahan membunuh terdiri daripada dua pengurus, dua kerani tempahan tiket [semuanya bekerja di Oreva] di tapak jambatan,” katanya pada sidang akhbar.

Lima lagi termasuk dua orang yang dikontrak untuk membaiki struktur itu, serta anggota keselamatan di jambatan itu.

Jurucakap Oreva dipetik sebagai berkata kepada akhbar Indian Express mendakwa jambatan itu runtuh kerana terlalu ramai orang di bahagian tengah.

Sebelum ini, dianggarkan antara 400 hingga 500 orang berada di atas jambatan semasa tragedi.

Setakat ini, hanya 177 orang berjaya diselamatkan.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast