KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan perkhidmatan tren khas Keluarga Malaysia ke Pantai Timur, serta lapan perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula 18 November hingga 20 November ini.
Penjualan tiket akan dibuka mulai jam 2 petang hari ini.
Menurutnya, sebanyak 716 tiket ditawarkan untuk perkhidmatan tren khas dan 2,520 tiket bagi perkhidmatan tren ETS disediakan sepanjang tempoh itu.
Tren khas akan berlepas pada 3.40 petang (18 Nov) dari Stesen KL Sentral dan dijangka tiba pada 7.40 pagi (19 Nov) di Stesen Tumpat.
Tambahnya, tren dari Stesen Tumpat pula akan berlepas pada 5.10 petang (20 Nov) dan tiba pada 11.26 pagi (21 Nov).
Perkhidmatan tren ETS tambahan melibatkan laluan Stesen KL Sentral ke Stesen Padang Besar dan sebaliknya serta Stesen Butterworth ke Stesen KL Sentral, turut disediakan pada tarikh sama. – MalaysiaGazette