zuhdi marzuki
Mohd. Zuhdi Marsuki

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Zuhdi Marsuki akui beliau dicadangkan bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada PRU15.

Beliau bagaimanapun menolak tawaran individu terbabit mencadangkan beliau bertanding di Parlimen Shah Alam.

“Ada orang calonkan saya tetapi saya tolak kerana saya dah isytihar untuk tidak bertanding,” katanya kepada FMT sambil enggan menamakan individu terbabit.

Menegaskan dia ahli Pas yang setia, Zuhdi menambah sudah tentu akar umbi UMNO sendiri akan sukar menerima cadangan itu.

“Ramuan orang lain, takkan kita nak masakkan. Kalau kita letak ramuan di situ nanti orang tak terima,” katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Shah Alam, Azhari Shaari menyangkal sebarang dakwaan yang cuba mengaitkan bahagiannya dengan cadangan itu.

“Kita tidak ada calonkan sesiapa dari luar UMNO atau BN kerana dalam parti sendiri ramai calon yang layak,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, Mohd Zuhdi menimbulkan persoalan dengan hantaran di Facebook malam ini.

Sambil memuatnaik lagu Bilan Bulan Bewarna Biru beliau menulis ‘Di Kelantan dan Terengganu, bulan berwarna putih. Di negeri lain, bulan berwarna biru’.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Empat pemimpin Pas jadi calon BN?