Muafakat nasional
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Empat pemimpin Pas dicadangkan bertanding atas tiket Barisan Nasional pada pilihan raya umum kali ini.

Mereka dicadang bertanding di empat kerusi Parlimen iaitu Pengkalan Chepa dan Tumpat di Kelantan, Shah Alam di Selangor, dan Indera Mahkota di Pahang.

Sumber yang dekat dengan rundingan itu berkata, cadangan dibuat atas dasar mengekalkan ‘semangat Muafakat Nasional’.

“…kerusi itu juga dikira sebagai kerusi Muafakat Nasional,” katanya kepada FMT.

Perkembangan itu menyusuli khabar angin membabitkan beberapa pemimpin Pas yang dikatakan tidak akan bertanding pada PRU15.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast