KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli akan berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai maklum balas yang diterima daripada para pengundi mengenai calon parti di kerusi Parlimen Sungai Buloh.
Ini berikutan keputusan Barisan Nasional meletakkan Khairy Jamaluddin sebagai calon di parlimen tersebut dalam pengumuman malam tadi.
“Saya akan berbincang dengan @anwaribrahim mengenai maklum balas pengundi2 di Sg Buloh mengenai calon PKR setakat ini. Saya hargai semua pandangan,” katanya dalam ciapan di laman Twitter.
Rafizi yang dinamakan calon parlimen Pandan bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagaimanapun berkata, keputusan akhir adalah keputusan Anwar sebagai Presiden parti.
PKR sebelum ini mencalonkan Timbalan Ketua Penerangan I parti itu, Datuk R Ramanan di kerusi parlimen Sungai Buloh yang sebelum ini disandang oleh R Sivarasa. – MalaysiaGazette
2 orang anwar dan rafizi kaki temberang…masa konvo pkr terpekik2 nak lawan azmin di mana2..akhirnya hilang telor