Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan senarai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang diumumkan hari ini adalah pilihan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Annuar berkata, segala kepandaian dan kebijaksanaan telah dikerah untuk memilih calon terbaik yang diyakini akan membawa kemenangan kepada BN.

“Selamat bertanding kepada semua mereka yang telah terpilih menjadi calon,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, rata-rata pelayar memuji sikap Annuar yang dilihat berlapang dada dengan keputusan tersebut.

Annuar merupakan penyandang kerusi Parlimen itu sejak lapan penggal lalu, kini memberi laluan kepada Ketua Puteri UMNO Bahagian Ketereh, Marzuani Ardila Ariffin.

Sementara itu, dalam sidang media pada sebelah pagi, Annuar turut mengingatkan agar memastikan setiap calon memberi kemenangan kepada parti dan bukan sekadar bertanding sahaja. -MalaysiaGazette