Goran Gogic. foto Twitter

NEW YORK – Seorang bekas peninju heavyweight didakwa di Amerika Syarikat (AS) kerana mengedar 22 tan kokain, bernilai lebih AS$1 bilion ke Eropah.

Goran Gogic, 43, dari Montenegro telah ditangkap pada hari Ahad di Miami selepas didakwa oleh juri besar New York.

Polis juga melakukan tiga rampasan, termasuk salah satu rampasan yang terbesar di AS.

Pendakwa raya berkata, penyeludup menghantar dadah dari Colombia melalui pelabuhan AS, menggunakan kren dan pukat pada waktu malam untuk menaikkannya ke atas kapal kargo daripada bot laju.

Dokumen mahkamah mengatakan Gogic bertanggungjawab ke atas logistik, berkoordinasi dengan penyeludup Colombia, anak kapal dan pekerja-pekerja di limbungan.

Peguam bekas petinju itu, Lawrence Hashish berkata, anak guamnya mengekalkan pengakuan tidak bersalah dan menyifatkan pertuduhan itu mengejutkannya.

Dalam satu kenyataan, Peguam AS Breon Peace menyifatkan penahanan dan dakwaan itu sebagai “tamparan badan kepada organisasi dan individu yang bertanggungjawab mengedarkan sejumlah besar kokain”.

Tiga rampasan kokain pada 2019 membawa kepada dakwaan.

Ia termasuk penemuan 19.8 tan atas kapal MSC Gayane semasa ia berlabuh di Philadelphia.

Sekurang-kurangnya lapan anak kapal telah mengaku bersalah atas tuduhan konspirasi.

Rampasan Philadelphia itu sendiri adalah salah satu yang terbesar dalam sejarah AS.

Rampasan kokain terbesar di negara itu kekal sebagai serbuan September 1989 ke atas gudang California yang menghasilkan 21.4 tan metrik.

Amerika Utara ialah pasaran terbesar di dunia untuk kokain, dengan Pejabat Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan kira-kira 2% daripada penduduk berumur antara 15 dan 64 – kira-kira 6.4 juta orang – telah menggunakan dadah itu pada tahun lepas. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast