Lakaran peta beberapa jalan di Kalang dan Bandar Baru Bangi yang akan ditutup pada hari penamaan calon.

KAJANG – Beberapa jalan utama di Kajang dan Bandar Baru Bangi akan ditutup pada hari penamaan calon, Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, proses penamaan calon bagi kerusi Parlimen Hulu Langat yang akan diadakan di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian pihaknya akan menutup Jalan Impian Perdana bermula dari persimpangan Impian Perdana/Jalan Impian Perdana/Jalan Impian 1 bermula jam 12.01 pagi Sabtu ini.

“Bagi lain-lain jalan seperti Jalan Impian Indah, Jalan Impian Perdana, Jalan Persiaran Saujana Impian akan ditutup secara berperingkat untuk kelancaran proses penamaan calon PRU15 di untuk kedua-dua kawasan Parlimen itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, menurut Mohd. Zaid, polis akan menutup Jalan Persiaran Bandar 1 di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi bermula dari lampu isyarat Persiaran Bandar dan lampu isyarat Persiaran Kemajuan bermula jam 12.01 pagi Sabtu ini berikutan Dewan Utama Demesne, Kompleks Pentadbiran Daerah Hulu Langat, yang terletak di jalan tersebut digunakan sebagai pusat penamaan calon.

Jelasnya, laluan lain seperti Persiaran Bandar, Jalan Persiaran Kemajuan, persimpangan Jalan Persiaran Bangi 1, Persiaran Bangi 1/Persiaran Pusat Bandar 1 akan ditutup kepada kegunaan awam secara berperingkat.

Berikutan itu, Mohd Zaid menasihatkan orang ramai menggunakan laluan alternatif bagi memastikan kelancaran aliran trafik semasa hari penamaan calon. – MalaysiaGazette