Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (tengah) beramah mesra bersama sebahagian warga Hospital Sungai Buloh pada Sambutan Hari Pembantu Perawatan Kesihatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 03 NOVEMBER 2022.

SUNGAI BULOH – Hospital Sungai Buloh (HSB) bakal menerima sebuah projek besar yang akan mengangkat reputasi hospital berkenaan sebagai sebuah destinasi perubatan bertaraf dunia.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, projek yang belum dinamakan itu antara salah satu manifesto di Parlimen Sungai Buloh yang akan beliau umumkan pada minggu depan.

Tambah beliau lagi, projek tersebut menepati perancangan HSB dengan menggunakan kepakaran sedia ada.

I will be annoucing a significant upgrade the Hospital Sungai Buloh kerana sudah menjadi antara pusat rujukan kebangsaan sebagai a world class medical destination.

“Dan ini bukan sekadar janji kosong,, ia merupakan janji yang menepati (seiring dengan) kepakaran yang telah ada di hospital ini,” katanya.

Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN)  Parlimen Sungai Buloh berkata, tapak serta peruntukannya bagi projek berkenaan sudah tersedia dan hanya untuk masa untuk laksanakan.

“Ini bukan projek kecil, ia merupakan projek besar,. Kita sudah ada peruntukan cuma nak kena bawa projek ini ke Hospital Sungai Buloh dan saya tahu cara dia,” ujarnya.

Difahamkan, projek tersebut mempunyai kaitan dengan isu dan kajian berhubung penyakit berjangkit.

Sejak pandemik melanda negara 2020, HSB telah diwartakan sebagai hospital perawatan perubatan khusus pesakit Covid-19 malah hospital berkenaan juga telah ditukar status hibrid pada Mac lalu. – MalaysiaGazette