KUALA LUMPUR – Seorang gadis dan datuknya hidup dalam ketakutan apabila diugut ah long dari Singapura.
Semuanya berpunca daripada ibu mangsa bernama Than yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di sebuah tadika di republik tersebut gagal melunaskan hutang tang dibuat dengan ah long lebih setahun lalu
Semuanya disebabkan ibu mangsa bernama Than berusia 48 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci di tadika negara republik itu sejak lebih setahun lalu telah berhutang sejumlah wang dengan Ah Long dan gagal melunaskannya.
Kini wanita yang berusia 48 tahun itu berada dalam tahanan polis di Penjara Changi, Singapura sejak 7 September lalu kerana disyaki disyaki bersubahat dan membantu ah long mengutip wang daripada peminjam dan kini beliau menunggu untuk didakwa di mahkamah.
Ketua Jabatan Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, siasatan pihaknya mendapati Than meminjamkan wang daripada ah long di Singapura untuk tujuan peribadi tanpa pengetahuan anak perempuan dan bapanya yang menetap Klang, Selangor.
Bagaimanapun, katanya, wanita yang gagal melangsaikan hutangnya dipaksa menjadi pengutip pinjaman oleh ah long.
Tambah beliau, Than sempan meninggal pesanan kepada anak, 24, dan bapanya, 76, yang mana kedua-duanya adalah Orang Kurang Upaya (OKU), agar mereka berhati-hati.
Sejak itu, menurut Chong, kedua-dua individu tersebut menerima ugutan menerusi panggilan dan diminta membayar pinjaman yang dilakukan Than.
Rumah mereka disimbah cat pada Ahad lalu, malah ah long turut mengugut untuk membakar kediaman itu, ujarnya.
“Ah Long Singapura disyaki telah berhubung dengan ah long tempatan di sini untuk mencari rumah mangsa dan mengugut kedua-dua ahli keluarga yang berstatus OKU itu,” katanya pada sidang media di Wisma MCA, di sini, hari ini.
Tambah Chong, risau tentang keselamatan adik beradik serta datuknya, gadis berkenaan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada 30 Oktober lalu.
“Saya juga akan memanjangkan isu ini secara serius kepada Ketua Polis Daerah Klang Selatan untuk mengambil tindakan segera menggunakan bahan bukti rakaman Kamera Litar Tertutup mengenai insiden simbah cat itu.
“Kita juga mahu mencari jalan untuk mengetahui jumlah wang yang dipinjam oleh ibu gadis ini daripada ah long di Singapura serta apa sebenarnya telah berlaku di sana,” katanya sambil menambah gadis tersebut dan kakaknya bekerja bagi menyara datuknya yang uzur.
Sementara itu, Chong berkata, pihaknya menerima 236 aduan mengenai pinjaman yang dilakukan dengan ah long berjumlah RM28 juta untuk tempoh 10 bulan pertama tahun ini.
Katanya, daripada 236 mangsa itu, seramai 196 orang berbangsa Cina diikuti Melayu (26) dan India (14). – MalaysiaGazette