sekolah vernakular
Chong Sin Woon

KUALA LUMPUR – MCA hari ini mengesahkan bahawa parti itu akan meletakkan calon mewakili Barisan Nasional (BN) bertanding di kerusi Parlimen Kepong pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agungnya, Datuk Chong Sin Woon berkata, keputusan itu telah dicapai sebulat suara menerusi semangat konsultasi BN dan persefahaman setiakawan yang telah lama terjalin.

“Dengan itu, jumlah kerusi Parlimen yang MCA akan bertanding pada kali ini kekal tidak berubah iaitu berjumlah 44 kerusi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha agung MCA, Datuk Chong Sin Woon menerusi kenyataan berkata, parti itu akan meletakkan calon di parlimen Kepong apabila ia melepaskan kerusi Parlimen Batu kepada MIC.

Beliau tidak menamakan calon tersebut.

Bagaimanapun cawangan MCA Batu tidak berpuas hati dengan keputusan parti untuk melepaskan kerusi tersebut kepada MIC.

Menurut Sin Woon, MIC akan bertanding di Parlimen Batu.

Beliau berharap, pengundi akan memberikan BN peluang untuk membawa perubahan yang segar dan baharu kepada masyarakat Kepong sejajar dengan pertumbuhan dan pembangunan mampan. – MalaysiaGazette