Kota Tinggi Srikandi Bersatu molest sexual harassment ADUN state Assemblyman
Penagih dadah yang terlelap tidur ketika pecah masuk kedai makan untuk mencuri berjaya dibelasah dan dicekup awam.- Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR – Hasrat seorang penagih yang memecah masuk kedai makan untuk mencuri akhirnya memakan diri apabila dia terlelap sebelum dicekup peniaga dan dibelasah oleh orang awam.

Suspek dipercayai terlebih dos dadah semasa memecah masuk premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian itu disedari oleh peniaga terbabit apabila mendapati kedai makan miliknya di kawasan Johan Setia, dekat Klang diumpil melalui pintu belakang.

Katanya, sebaik sahaja dia memasuki premis itu dia mendapati
seorang lelaki dalam keadaan terbaring.

“Pengadu telah tahan suspek dan menghubungi Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Selatan untuk dapatkan bantuan lanjut,” katanya.

Polis yang tiba menahan lelaki berusia 23 tahun itu.

Suspek mempunyai pelbagai rekod lampau atas jenayah serta dadah.

“Semasa tangkapan, suspek dalam keadaan cedera di bahagian kepala, muka dan badan dipercayai telah dipukul oleh orang awam yang berada di kawasan kejadian tersebut,” tambahnya.

Namun tiada barang dalam kedai itu hilang.

Suspek yang ditahan telah dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang bagi pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah masuk premis dengan maksud hendak mencuri.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan telah mendapat arahan tuduh di bawah seksyen 353 Kanun Keseksaan dan ditududuh di mahkamah semalam,” ujarnya.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan telah mendapat arahan tuduh di bawah seksyen 353 Kanun Keseksaan dan ditududuh di mahkamah semalam,” tegasnya.- MalaysiaGazette