Khairy Jamaluddin berbaju Melayu biru tiba di Pusat Penamaan Calon.

SUNGAI BULOH – Parlimen Sungai Buloh dijangka menyaksikan pertandingan enam penjuru.

Setakat berita ini ditulis, calon-calon berkenaan sudah tiba di Pusat Penamaan Calon, di Dewan Kenanga, Pejabat Daerah dan Tanah Petaling.

Calon Barisan Nasional (BN) diwakili Khairy Jamaluddin manakala calon Pakatan Harapan (PH) R. Ramanan (PH-PKR).

Calon-calon lain ialah Mohd Ghazali Md Hamin (PN-Pas); Mohd Akmal Mohd Yusoff (GTA-Pejuang); Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan Syed Abdul Razak Syed Long, calon bebas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast