Vladimir Putin. Foto Twitter

MOSCOW – Banduan-banduan yang menjalani hukuman atas kesalahan dan mengedar dadah dikerah untuk berperang dengan Ukraine di bawah perubahan undang-undang.

Presiden Vladimir Putin telah meminda undang-undang untuk memanggil pasukan simpanan untuk memasukkan bekas banduan yang disabitkan dengan jenayah berat supaya meninggalkan penjara.

Bekas banduan yang disabitkan dengan jenayah seks terhadap kanak-kanak atau keganasan masih dikecualikan daripada berkhidmat.

Undang-undang Rusia tidak membenarkan penukaran hukuman penjara sebagai pertukaran untuk perkhidmatan upahan tetapi ketua Wagner Yevgeny Prigozhin telah dirakam memberitahu banduan “tiada siapa yang kembali ke penjara” jika mereka berkhidmat dengan kumpulannya.

Pada hari Jumaat, Wagner membuka ibu pejabat rasmi pertamanya di Rusia, di bandar St Petersburg.

Sebelum ini Putin mengumumkan kira-kira 49,000 daripada kira-kira 300,000 anggota simpanan yang dipanggil sejak September telah pun dikerahkan ke unit yang berkhidmat di Ukraine.

Menurut beliau, kira-kira 50,000 kumpulan lelaki dan wanita muda yang dipanggil Popular Front telah mendaftar sebagai sukarelawan.

Pakar tentera di Barat dan Ukraine menyifatkan keputusan Putin untuk memanggil pasukan simpanan menunjukkan tentera Rusia gagal teruk di medan perang di Ukraine.

Beribu-ribu lelaki Rusia yang menentang perang telah meninggalkan negara itu sejak panggilan itu diumumkan.

Sejak Rusia menyerang Ukraine pada 24 Februari, beribu-ribu orang awam dan pejuang telah terbunuh atau cedera, bandar- bandar telah musnah dalam pertempuran dan hampir 7.8 juta rakyat Ukraine telah didaftarkan sebagai pelarian di Eropah, dengan 2.8 juta daripada mereka di Rusia. – MalaysiaGazette