Anggota polis mengawal Pusat Penamaan Calon bagi Parlimen Shah Alam di Dewan Teratai MBSA Seksyen 19, Shah Alam.

SHAH ALAM – Proses penamaan calon bagi kerusi Parlimen Shah Alam berlangsung dengan baik tanpa ada provokasi daripada penyokong empat parti yang mengiringi calon masing-masing.

Walaupun penyokong berada pada jarak 50 hingga 100 meter antara satu sama lain, keadaan adalah terkawal.

Parlimen Shah Alam setakat jam 9.30 pagi ini masih menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Isham Jalil dari Barisan Nasional (BN), Dr. Afif Bahardin (PN), Azli Yusof (PH) dan Muhammad Rafique Rashid (GTA/Pejuang).

Cuaca ketika ini mendung.

Proses penamaan calon dikendalikan Pegawai Pengurus SPR Bahagian Shah Alam, Azimah Mohd Zain. – MalaysiaGazette