Remaja hilang sejak Selasa lalu sedang dikesan polis dan merayu bantuan awam menyalurkan maklumat segera.Ihsan IPD PJ

PETALING JAYA – Polis sedang mengesan seorang remaja, Ng Siew Tings, 16, yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kehilangan remaja berkenaan dilaporkan oleh ahli keluarganya pada jam 7.50 malam semalam di Balai Polis Sri Damansara, di sini.

“Remaja yang hilang itu mempunyai anggaran ketinggian lebih kurang 165 sentimeter (cm), berbadan kurus, berkulit kuning langsat dan berambut hitam pendek paras bahu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, Siew Ting dikatakan memakai baju-T lengan pendek berwarna putih, berseluar pendek hitam, berselipar dan membawa beg galas berwarna biru atau ungu.

Menurut Fakhrudin, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kehilangan remaja itu boleh menyalurkannya kepada Inspektor, Amir Hakimi Zakaria di talian 0123783178 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 0379662222.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast