KUALA LUMPUR- Paras air di empat sungai di Pahang dilaporkan melepasi paras waspada setakat jam 11 pagi tadi.
Maklumat dalam laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, empat sungai berkenaan adalah Sungai Triang, Triang di Bera dan Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang, Maran.
Turut mencatatkan paras waspada adalah Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran dan Paloh Hinai, Pekan.
Bagaimanapun, menerusi info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), masih tiada pusat pemindahan sementara dibuka di Pahang.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.- MalaysiaGazette