Istana Kehakiman

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) merancang untuk menghapuskan konflik kepentingan melalui pelaksanaan pemisahan jawatan dan fungsi peguam negara dan pendakwa raya.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN akan mengkaji penurunan bidang kuasa kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri, bagi meningkatkan kecekapan serta mengukuhkan semangat Persekutuan-Negeri.

Ia antara 99 inisiatif yang terkandung dalam dokumen manifesto BN yang dikenali  Perancangan Amal dan Usaha (PADU) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“BN juga akan menaik taraf Insitusi Integriti Malaysia (IIM) sebagai sebuah suruhanjaya bebas, bagi mengukuhkan etika dan integriti institusi awam dan masyarakat.

“Selain itu, BN akan mengambil tindakan susulan pembentangan laporan oleh pasukan bertindak khas berhubung kes Batu Putih dan buku mantan Penguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas,” katanya ketika membentang manifesto BN secara maya, di sini, malam ini.

Ahmad Zahid menambah, BN turut menjanjikan wilayah Sabah dan Sarawak sebagai hab keselamatan negara yang baharu.

“Wilayah dua negeri itu juga akan dijanjikan sebagai gergasi ekonomi negara yang baharu.

“Pembangunan itu selari dengan semangat Perlembagaan Persekutuan, serta memastikan ia lebih seiring dan setara Semenanjung Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast