Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf

KUANTAN – Polis Pahang telah mengeluarkan 135 permit untuk berkempen setakat ini dan daripada jumlah itu sebanyak 102 permit berceramah diluluskan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, tahap keselamatan berkempen di negeri ini yag masuk hari ketiga terkawal.

“Bagi memastikan proses kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berjalan lancar, semua calon parti yang bertanding dikehendaki mematuhi peraturan berkempen di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, menurut beliau, sebanyak 26 laporan polis dan dua kertas siasatan telah dibuka.

Sementara itu, Ramli turut menasihatkan penyokong dan parti yang bertanding supaya berkempen secara berhemah dengan tidak menimbulkan provokasi. – MalaysiaGazette