Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen P.107 Sungai Buloh Khairy Jamaluddin (tengah) bersama Penyandang Kerusi Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa (kiri) dan Pengerusi BN Negeri Selangor yang juga Ketua Bahagian UMNO Tajong Karang Tan Sri Noh Omar (kanan) ketika bergambar semasa melakukan walkabout di Central Mart Sungai Buloh, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 08 NOVEMBER 2022.

SUNGAI BULOH – Khairy Jamaluddin mempunyai keberanian untuk bertanding di kawasan ‘hitam’ terutama di Parlimen Sungai Buloh yang telah menyaksikan kekalahan Barisan Nasional dengan majoriti berpuluh ribu.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata, tidak banyak pemimpin termasuk menteri yang berani ‘terjun’ ke kawasan seumpama ini.

Tapi benih yang baik insya Allah dicampak ke laut bakal menjadi pulau,”  katanya yang turun padang bersama Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar hari ini untuk memberi sokongan kepada Khairy.

Annuar berkata, walaupun  tidak dicalonkan semula namun ia tidak menghalang Annuar dan Noh membantu rakan parti mereka.

Mereka hadir di Program Penyampaian Peranti Komuniti di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Saujana Utama kemudian bertemu pengundi di Central Mart.

Annuar ketika menyampaikan ucapan menyifatkan Khairy layak mewakili pengundi Sungai Buloh kerana telah memegang beberapa portfolio dalam Kabinet.

Khairy terbukti mampu melaksanakan tugas bukan hanya di peringkat Kerajaan Pusat, apatah lagi di peringkat Parlimen.

“Sekarang kita perlukan pemimpin yang berkualiti untuk Malaysia. Calon ini (Khairy) g sudah terbukti beberapa kali boleh buat kerja, berprestasi, boleh act local, boleh act international bagi portfolio apa sekalipun boleh dikendalikan dengan baik sebab akhirnya stakeholders adalah rakyat,” katanya di PEDi Taman Saujana Utama.

Dalam pada itu, Noh Omar yakin calon baharu di Sungai Buloh yang diketengahkan oleh BN kali ini iaitu Khairy dan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Ismail di Kuala Selangor akan mampu membantunya membawa perubahan kepada  BN Selangor.

“Dengan kredibiliti Khairy dan popularitinya, saya yakin Sungai Buloh akan menang. Selain Khairy saya juga bawa Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz di Kuala Selangor.

“Jadi dengan adanya gandingan muka baru ini mereka bukan sahaja mampu membuat perubahan di negeri ini dan pembaharuan BN di peringkat pusat,” ujarnya. -MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Terbaik lah TS Noh Omar, bakal MB Selangor dan TS Anuar Musa, bakal MB Kelantan. Bagi org Sg Buloh, kalau kamu tak undi KJ..aduhaaaiii rugi laaaa..sampaikan mak saya dah ukur 80 tahun lebih pun cakap….KJ bertanding kat Hospital kaa? haaaa KJ dan Hospital Sg Buloh sinonim dah…hebatnya kerja beliau sbg Menteri Kesihatan..

Comments are closed.