Brenton Tarrant. Foto Agensi

CHRISTCHURCH – Lelaki yang membunuh 51 jemaah Islam di dua masjid Christchurch tiga tahun lalu memfailkan rayuan terhadap sabitan pertuduhan dan hukuman penjara seumur hidupnya.

Brenton Tarrant dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa parol selepas dia mengaku bersalah atas 51 pertuduhan membunuh, 40 pertuduhan cubaan membunuh dan pertuduhan keganasan.

Tarrant sebelum ini memberitahu peguamnya pengakuan yang dibuatnya ketika berada di bawah tekanan.

Mahkamah Rayuan New Zealand telah mengesahkan dia memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman terhadap serangan 15 Mac 2019 itu.

Namun tiada pendengaran telah ditetapkan pada peringkat ini.

Lelaki bersenjata itu melakukan serangan pengganas paling teruk di New Zealand, membunuh 43 orang di Masjid Al Noor, dan tujuh lagi di Pusat Islam Linwood semasa solat Jumaat.

Tragedi berdarah itu disiarkan secara langsung oleh Tarrant dalam talian dan dikongsi beribu kali.

Serangan itu mendorong Christchurch Call, satu inisiatif untuk menghapuskan kandungan pelampau dalam talian.

Masih tidak jelas sama ada proses rayuan akan menghentikan sementara siasatan koronial terhadap peristiwa 15 Mac 2019.

Koroner Brigitte Windley sebelum ini melancarkan siasatan koronial terhadap serangan itu, dengan fasa pertama pendengaran inkues dijadualkan berlangsung dari 15 Mei hingga 9 Jun di mahkamah undang-undang Christchurch. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast