Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyantuni orang awam bersama jentera Barisan Nasional ketika berkempen sempena Pilihan Raya Umum ke=15 (PRU15) di Pekan Durian Tunggal, Melaka. Foto MALAYSIA GAZETTE, 09 November 2022.

ALOR GAJAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menafikan akan membentuk kerajaan campuran sekiranya tiada parti yang menang majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU), 19 November ini.

Naib Presiden UMNO itu berkata, beliau secara dasarnya bersetuju akan berlaku kerajaan campuran bagi mengelakkan situasi Parlimen tergantung.

“Kalau tak ada satu parti yang mempunyai simple majoriti (menang majoriti mudah) tentu sahaja untuk membentuk kerajaan, kena ada kerajaan campuran.

“Itu memang (akan berlaku) kalau tidak akan jadi Parlimen tergantung… kita pun tak tahu lagi ada ke tidak parti boleh mempunyai simple majoriti.

“Tapi memang saya setuju kalau tidak ada parti yang mempunyai simple majoriti, secara sendiri, untuk membentuk kerajaan memang kena ada coalition (gabungan),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Walkabout di Pekan Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka di sini petang tadi.

Berita lanjut menyusul