Nooryana (depan) bertemu dengan jentera BN kerusi Dewan Undangan Negeri Pauh di Arau, Perlis hari ini.

ARAU – “Yana, tempat pertama kena pergi adalah Perlis, itu pesanan Datuk Seri Najib kepada saya dalam satu perjumpaan bersama keluarga di penjara baru- baru ini,” kata Nooryana Najwa.

Jelasnya, hadir atas dasar untuk membantu parti berkempen merupakan antara tujuan dia datang ke Perlis.

“Saya turun ke sini untuk bantu parti selain itu kita juga akan menolong calon Parlimen Padang Besar, Datuk Zahida Zarik Khan.

Nooryana.

“Jadi kita akan bantu Kak Ida (Zahida) sebab beliau telah banyak berbakti dalam UMNO dan merupakan pemimpin muda.

“Selain itu, beliau juga adalah pemimpin yang akan membawa suara wanita di peringkat Parlimen jika diberi mandat,” katanya.

Nooryana berkata demikian ketika diminta mengulas tujuan beliau turun ke Perlis adakah untuk membantu kempen Zahida.

Media sebelum ini melaporkan, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Padang Besar, Datuk Zahida Zarik Khan menjelaskan bahawa beliau terpaksa membataskan pergerakan ketika berkempen kerana masih dalam tempoh idah selepas kematian suami pada 20 Ogos lalu.

“Dalam keadaan masih dalam iddah, saya membataskan pergerakan diri ketika berkempen bagi mematuhi perintah syarak yang diajar kepada saya,” kata Zahida menerusi satu video dalam akaun Facebook rasminya. – MalaysiaGazette