Calon Barisan Nasional (BN) P. 056 Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika di Kampung Kubu Gajah, Larut, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 09 NOVEMBER 2022.

KUBU GAJAH – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Larut, Mohd Shafiq Fhadly tidak gentar berdepan dengan penyandang kerusi itu, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mohd Shafiq yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut berkata, Hamzah menang kerusi itu selama tiga penggal (hampir 17 tahun) atas tiket BN dan logo dacing kerana pengundi di kawasan tersebut merupakan penyokong tegar BN.

“Beliau tidak menang kerana dirinya tetapi saya pasti kemenangan itu datangnya dari BN. Kekuataan yang datang itu bukan kerana namanya, bukan kerana susuk tubuhnya tetapi kerana BN.

Calon Barisan Nasional (BN) P. 056 Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud menyantuni penduduk dari rumah sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika di Kampung Kubu Gajah, Larut, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 09 NOVEMBER 2022.

“Larut ini kawasan luar bandar, orang kampung pegang kuat pada nilai-nilai baik. Adat resam mereka. Kita tidak boleh terima seorang pemimpin yang tiada moral, tidak ada integriti dan tidak pegang pada pada janjinya.

“Kerana itu juga ketika Datuk Seri (Hamzah) membuat keputusan untuk melompat parti ke Bersatu pada 2018, ramai kecewa mengapa perlu beliau bertindak demikian. Kemenangan beliau di sini adalah hasil usaha BN tetapi kemudian dikhianati. Rata-rata bila saya jumpa masyarakat sini, itulah sentimen mereka,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Menurut Mohd Shafiq, Larut sentiasa menrupakan kubu kuat BN dengan penduduknya yakin parti itu mampu membangunkan kawasan tersebut.

Calon Barisan Nasional (BN) P. 056 Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud menyantuni penduduk kampung sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika di Kampung Kubu Gajah, Larut, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 09 NOVEMBER 2022.

Tambah beliau, banyak pembangunan dilakukan di Larut lebih 60 tahun BN memerintah namun ia terjejas selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.

“Insya-Allah, jika mandat diberikan kembali kepada kita, saya akan lakukan yang terbaik untuk bangunkan tempat ini dengan lebih baik,” ujarnya.

Calon Barisan Nasional (BN) P. 056 Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud menyantuni penduduk dari rumah sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika di Kampung Kubu Gajah, Larut, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 09 NOVEMBER 2022.

Kata calon muda itu, strategi BN hanya satu iaitu sentiasa dekat dengan masyarakat setempat.

“Kita sentiasa rajin turun padang setiap kali tidak kira ianya musim PRU atau sebaliknya. Perikatan Nasional caranya lain. Mereka tidak rumah ke rumah, tidak menyentuh jiwa sanubari mereka. Hanya sekadar buat ceramah mega sahaja.

“Ceramah-ceramah itu pula tidak membincangkan apa-apa soal berkaitan dasar. Saya tidak berminat untuk memburukkan mana-mana pihak tapi ingin saya tekankan sini rakyat berminat soal dasar, soal ekonomi soal apakah yang boleh kita lakukan untuk mereka, untuk anak cucu mereka. Masa depan mereka,” ujarnya.

Hamzah yang mewakili Perikatan Nasional dan Mohd Shafiq akan berdepan dengan calon Pakatan Harapan, Zolkarnain Abidin dan Auzaie Fadzlan Shahidi daripada Gerakan Tanah Air dari merebut kerusi Parlimen Larut.

Pada PRU14, Hamzah menang di kerusi Parlimen Larut dengan menewaskan calon PKR, Khairil Anuar Akhiruddin dan calon Pas, Abu Husin Mohamad dengan majoriti 4,486 undi.

Hamzah memperoleh 18,184 undi manakala Khairil Anuar (7,738) dan Abu Husin (13,698). – MalaysiaGazette