Calon BN Parlimen Sepang, Anuar Basiran beramah mesra dengan penduduk semasa kempen di Sepang hari ini.

SEPANG – Pengundi 18 tahun ke atas dan mereka yang pertama kali mengundi  perlu melaksanakan tanggungjawab sebaiknya dan tidak menjadikan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagai tempat bereksperimen.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sepang, Anuar Basiran berkata, kumpulan baharu ini perlu bijak untuk melihat masa depan negara dengan memilih pemimpin pada PRU kali ini.

Katanya, mereka perlu menyedari pentingnya tanggungjawab untuk menwujudkan sebuah kerajaan yang stabil dan menjamin masa depan mereka khusus golongan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Mengundi bukan perkara main-main dan bereksperiman nak lihat apa kesannya.

“Ini tanggungjawab orang muda diberi peluang untuk sama-sama bentuk kerajaan malah dalam bajet golongan ini terus diberi perhatian yang khusus,” katanya dalam siri kempen di sini hari ini.

Jelas Anuar, Bajet 2023 memperuntukkan sebanyak RM15.1 bilion kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) adalah komitmen berterusan kerajaan menyokong institusi pengajian tinggi memacu masa depan pelajar.

“Jadi pengundi muda tidak boleh mengundi main-main ikut kawan-kawan. Mereka juga kena tahu sejarah bahawa rekod BN mentadbir selama ini amat cemerlang dalam membela kumpulan orang muda” jelasnya.

Menurutnya lagi, sekiranya bajet berkenaan dilaksanakan oleh kerajaan BN ia akan memberi banyak manfaat kepapda golongan berkenaan.

“Ini antara usaha bagi memastikan anak-anak Keluarga Malaysia dapat meneruskan pengajian hingga ke menara gading dengan baik,” kata Anuar.

Ujarnya lagi, Undi18 ini dapat memberi keremajaan daripada segi kepimpinan parti politik dan dasar kerajaan dalam jangka masa panjang.

Seramai 1,393,549 pemilih berusia 18 hingga 20 tahun di seluruh negara akan mengundi kali pertama pada PRU15. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast