Pengurus Kumpulan Perhubungan Awam dan Kelestarian Spritzer Bhd., Winnie Chin menerima anugerah Penjenamaan Terbaik 2022-2023 daripada Pengerusi Forum Penjenamaan Dunia Richard Rowles di Kesington Palace London, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Spritzer memenangi Anugerah Penjenamaan Dunia – Jenama Terbaik 2022-2023 untuk kategori air peringkat nasional, bagi kali kelapan berturut-turut.

Program pengiktirafan anugerah berprestij ini dianjurkan dan dinilaikan oleh Forum Penjenamaan Dunia.

Anugerah nasional telah disampaikan kepada Spritzer pada 3 November 2022 di Kensington Palace, London di mana edisi ke-15 Anugerah Penjenamaan Dunia – Jenama Terbaik 2022-2023 menyaksikan lebih daripada 3,500 jenama yang dicalonkan dari lebih 45 negara dalam pelbagai kategori di bawah tiga peringkat – global, serantau dan nasional, dengan hanya 250 jenama diisytiharkan sebagai pemenang.

Spritzer dalam kenyataannya berkata, anugerah ini dinilai secara unik melalui tiga aliran, dengan setiap aliran menyumbang peratusan kepada jumlah skor. Penilaian jenama dan pengundian dalam talian awam masing-masing menyumbangkan 30 peratus dan penyelidikan pasaran pengguna pula menyumbangkan 40 peratus.

“Hanya satu anugerah nasional akan diberikan kepada jenama dari setiap kategori produk atau perkhidmatan dari negara peserta,” kata Spritzer.

Spritzer ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengguna, pembekal, dan rakan perniagaan setia mereka atas sokongan selama ini.

Penghargaan sama turut dizahirkan kepada para pekerjanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast