Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

BERA – Selain bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), bayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) juga akan dibayar awal bermula 15 November ini.

Selain itu, bayaran BMT bagi Disember juga akan diawalkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bayaran BMT melibatkan lebih 200,000 pekebun kecil Risda di negara ini.

“Bayaran awal bagi mereka yang menghadapi musim tengkujuh dan bagi tahun depan kita ikut bajet tahun depan,” katanya dalam ucapannya dalam Program Bersama Penduduk Charuk Puting di sini petang tadi.

Sebelum itu, Ismail Sabri telah mengumumkan BKM Fasa 4 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula 15 November ini dan dijangka selesai pada 18 November 2022.

Keputusan mempercepatkan bayaran daripada Disember 2022 kepada November 2022 bagi membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada pertengahan bulan November 2022.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Bayaran BKM dipercepatkan 15 Nov ini menjelang MTL – Ismail Sabri